comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Kereta Rempuh Stesen Minyak, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta merempuh stesen minyak di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) sehingga mengakibatkan berlaku tumpahan minyak, tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 12.13 tengah malam berhubung insiden itu.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Mohd Yusarini Idrus memaklumkan susulan itu, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr Ismail bergegas ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi, katanya, pasukan mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta merempuh pam minyak di stesen berkenaan.

Bagaimanapun ketika pasukan tiba, beliau berkata, didapati tiada mangsa berada di dalam kereta terbabit.

“Kemalangan itu menyebabkan berlaku tumpahan minyak. Pasukan bertindak membersihkan tumpahan minyak berkenaan bagi mengelak daripada berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi pembersihan itu tamat sepenuhnya pada jam 12.49 tengah malam. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini