comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Lima Sekawan Nyaris Maut Kereta Masuk Gaung

BALIK PULAU: Lima lelaki cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di kawasan berhampiran Titi Kerawang, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 3 petang tadi selepas kereta jenis Proton Saga yang dinaiki lima mangsa berusia antara 20 hingga 21 tahun itu, terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd Hafiz Hafizal Timaradin berkata pihaknya tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga.

Terdapat lima mangsa lelaki di dalam kenderaan tersebut dan kesemua mereka cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hafiz berkata, komander operasi membuat ‘size up’ di lokasi kejadian dan mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

Ujarnya, kesemua mangsa telah berjaya dinaikkan ke kawasan selamat dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Loading...
Terkini