comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Maut Jatuh Atas Bumbung Lif

FOTO: Ihsan orang ramai
Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Lelaki berusia 50 tahun maut selepas terjatuh di atas bumbung lif di Blok 68, Flat Sri Sabah, Cheras, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon yang ditemui di lokasi berkenaan berkata, kejadian berlaku pada jam 1.15 tengah hari itu disedari penghuni di flat berkenaan.

Polis menerima panggilan dari orang awam berhubung penemuan mayat seorang lelaki di atas bumbung lif berkenaan.

Sebelum itu, penghuni sama membuat aduan kepada penyelenggara lif berhubung kerosakan lif yang berlaku, apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat.

Pihak penyelenggara lif yang tiba kemudian menemui seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di atas bumbung lif berkenaan.

Siasatan awal mendapati lif di flat setinggi 17 berkenaan berfungsi dengan baik sebelum kejadian.

Mayat yang dibawa keluar jam 2:30 petang tadi dan dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, HCTM, untuk bedah siasat.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Loading...
Terkini