comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Murid Tahun Tiga maut dilanggar pikap ketika lintas jalan

Pikap yang rosak di bahagian hadapan selepas melanggar seorang murid Tahun Tiga kelmarin, kini ditahan polis untuk siasatan lanjut

MUKAH: Selepas 48 bertarung nyawa dalam rawatan kecemasan, seorang murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Sungai Penipah di sini, yang dilanggar pikap ketika melintas Jalan Mukah Balingian di hadapan simpang sekolah itu, meninggal dunia hari ini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Mohammad Firdaus Jimbat Abdullah, 9, yang juga murid Tahun Tiga, dari Kampung Kuala Lama, Mukah, cedera parah di bahagian kepala dan leher.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias, berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Sibu jam 10.33 pagi tadi.

“Kemalangan berlaku apabila pikap dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun bergerak lurus dari arah Balingian menuju ke arah Mukah

“Ketika melalui jalan hadapan simpang sekolah itu telah melanggar seorang murid yang melintas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Rizal berkata, akibat kejadian itu murid terbabit mengalami kecederaan parah dan telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

“Pikap yang terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk pemeriksaan Puspakom

“Rakaman percakapan pemandu terbabit serta sepupu mangsa yang juga saksi kejadian turut diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Loading...
Terkini