comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Pemandu cedera lori rempuh plaza tol

FOTO: Ihsan JBPM

PUTRAJAYA: Seorang pemandu lori patah tangan kiri dan kedua belah kaki apabila lori yang dipandu mengalami masalah brek lalu merempuh plaza tol Ayer Hitam, Puchong dekat sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya pihaknya menerima panggilan pada 2.53 petang dan tiba di tempat kejadian pada 3.04 petang bersama tujuh anggota termasuk pegawai.

Katanya, setiba di tempat kejadian berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah lori satu tan dipandu seorang lelaki Melayu berumur 29 tahun.

“Lori yang mengalami kegagalan fungsi brek itu telah merempuh plaza tol dan menyebabkan pemandu tersepit di bahagian tempat duduk.”

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh anggota menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Loading...
Terkini