comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Pemandu Lori Maut Nahas Dua Kenderaan

PETALING JAYA: Seorang pemandu maut selepas lori dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah treler di Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Tambah beliau, nahas berlaku kira-kira jam 12.50 tengah malam tadi di Kilometer 42 lebuh raya berkenaan.

Nahas membabitkan sebuah lori membawa muatan barang-barang kurier dan sebuah treler membawa muatan biji sawit sebanyak 50 tan.

Siasatan awal mendapati pemandu lori kurier berusia 46 tahun dalam perjalanan dari arah Bentong menghala ke ibu negara.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandunya dipercayai mengubah haluan masuk ke lorong kiri untuk memotong kenderaan di hadapan.

Bagaimanapun lori berkenaan telah melanggar bahagian belakang treler yang berada di lorong kiri.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini