comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Pemandu Maut Treler Terbabas Selepas Terowong Menora

KUALA KANGSAR: Pemandu treler membawa muatan sampah maut selepas kenderaan dipandunya itu terbabas ke bahu jalan di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan yang membabitkan mangsa Budi Abd Rahman, 52, kira-kira jam 5.40 pagi dan anggota bomba dari Kuala Kangsar dan Meru Raya bergegas ke lokasi.

“Mangsa yang tercampak keluar ditemui tersepit di pembahagi jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“JBPM terpaksa menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mayat berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada jam 7.38 pagi.

Kenderaan terbabit kemudian dialihkan dan aliran trafik di semua laluan terhalang kembali lancar. -BERNAMA

Loading...
Terkini