comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Pemandu nyaris maut, kereta rempuh besi penghadang jalan

SUBANG JAYA: Berpantang maut sebelum ajal, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas ke bahagian tengah penghadang jalan di lebuh raya persekutuan.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka yang tular di media sosial, kereta mangsa dilihat merempuh penghadang jalan menyebabkannya tertusuk besi penghadang jalan sehingga menembusi bahagian dalam kenderaan.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.18 petang ini di Lebuh raya Persekutuan, dari arah Subang ke Shah Alam.

Mangsa lelaki terbabit bagaimanapun dilaporkan terselamat, namun mengalami kecederaan.

Setakat ini belum ada sebarang laporan rasmi identiti mangsa dan punca kejadian yang diterima berkaitan insiden berkenaan.

Loading...
Terkini