comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Penunggang Motosikal Maut Nahas Dengan Lori

Oleh: Kumaran Rajamoney

KULIM: Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan motosikal dengan sebuah lori di Jalan Taman Selasih-Keladi, sekitar jam 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, siasatan mendapati kedua-dua kenderaan dari arah sama iaitu Taman Selasih menghala ke Keladi.

“Semasa kejadian, motosikal yang berada di belakang lori telah melanggar bucu depan sebelah kanan lori tersebut yang sedang membelok ke arah kanan”

“Penunggang motosikal mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan maut di lokasi manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan” katanya.

Siasatan awal mendapati kedua-duanya mangsa mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah tempoh. 

Pemandu lori berkenaan bagaimanapun ditahan untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat dibawah seskyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini