comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Remaja maut tercampak dari jejambat

Seorang remaja lelaki maut tercampak dari motosikal dan terjatuh dari jejambat selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Nilai-Pajam. – FOTO: Ihsan Bomba

NILAI: Remaja lelaki maut dipercayai akibat tercampak dari motosikal dan terjatuh dari jejambat selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Nilai-Pajam, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun tercampak dari jejambat jalan kereta api setinggi 30 meter sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kemalangan membabitkan sebuah motosikal Honda Wave yang ditunggang remaja berkenaan dengan kereta Proton Inspira.

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan masuk ke laluan kereta lalu bertembung menyebabkan mangsa tercampak dan jatuh dari jejambat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Malik berkata, mangsa parah di kepala serta badan dan disahkan maut di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta seorang lelaki berusia 29 tahun tidak mengalami kecederaan.

Loading...
Terkini