comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Suami maut, isteri cedera, motosikal bertembung kereta

Foto NSTP – Kemalangan maut berlaku di KM17, Jalan Jerantut-Benta, pagi ini.

JERANTUT: Seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun maut di tempat kejadian dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di KM 17, Jalan Jerantut- Benta berdekatan Kampung Som pada jam 10.20 pagi, hari ini.

Manakala isterinya, 25 tahun yang membonceng motosikal patah kaki dan dihantar ke Unit Kecemasan, Hospital Jerantut.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 19 tahun telah hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian.

“Pasangan itu yang menaiki motosikal jenis SYM yang datang dari Damak ke bandar Jerantut bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi yang datang dari arah bertentangan.

“Tiba di tempat kejadian, dipercayai pemandu kereta Myvi telah gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu,” katanya.

Tambahnya, penunggang yang bertugas di Ladang Risda Damak, Jerantut itu cedera di bahagian kepala dan punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan.

“Keputusan ujian air kencing yang dijalankan terhadap pemandu kereta tersebut didapati negatif dan pemandu kereta itu ditahan polis.

“Kemalangan itu diklasifikasikanSek 41(1) APJ 1987,” katanya.

Loading...
Terkini