comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Treler Bawa Muatan Sardin Terbalik Punca Kesesakan Lebih 5 Kilometer

IPOH : Sebuah treler membawa muatan sardin terbalik di laluan Terowong Menora – Ipoh Utara dekat kilometer 265.9 arah Selatan tengah hari tadi.

Menurut status dimuat naik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebooknya, kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah selatan terhalang serta menyebabkan kesesakan hingga 5 kilometer sebelum masuk Terowong Menora ke Jelapang.

Berikutan itu laluan kontra diaktifkan dari KM 267.0 hingga 265.1 arah Utara.

Loading...
Terkini