comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Treler terbalik, enam tong gas ammonia bocor

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Sebuah treler yang sarat dengan muatan 90 tong berisi gas amonia terbabas dan terbalik di Jalan Sungai Timun, Lubok Cina di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, kesemua tong gas berkenaan bertaburan di atas jalan raya dengan enam daripadanya bocor dan menyebabkan berlaku pencemaran udara.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Nazri Md Rais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.47 pagi .

17 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah serta Alor Gajah digegaskan ke tempat kejadian.

“Ketika tiba di tempat kejadian didapati terdapat sebuah lori treler terbabas dan terbalik.

“‘Kita dapati berlaku pencemaran udara apabila enam daripada tong gas berkenaan bocor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nazri, pihaknya berjaya keadaan bagi mengelakkan berlaku pencemaran udara yang lebih teruk di kawasan terbabit.

Katanya, kerja-kerja pembersjhan di laluan berkenaan berjaya diselesaikan pada jam 1.22 petang.

Tambahnya, operasi selanjutnya diserahkan kepada BBP Rembau dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Rantau untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, pemandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Loading...
Terkini