comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Warga emas patah kaki kanan langgar buaya

Foto Ihsan Pembaca

BACHOK: Seorang warga emas patah kaki selepas motosikal ditunggangi terlanggar buaya dalam kejadian di jalan Kampung Kubang Telaga, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, mangsa, Rossazali Abdullah,61 mendakwa terlanggar buaya sepanjang lebih dua meter yang sedang melintas jalan.

Rossazli yang juga pesara kerajaan berkata, ketika kejadian dia sedang menunggang motosikal bersendirian daripada Gunong,Bachok untuk pulang ke rumah di Taman Desa Anda, Pasir Puteh.

“Setibanya di tempat kejadian, saya terkejut melihat seekor buaya atas jalan dan tak sempat tekan brek.

“Saya terlanggar bahagian badan tengah reptilia itu dan ekornya melibas saya menyebabkan saya dan motosikal terbabas ke dalam kawasan lumpur di tepi jalan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia berkata, buaya itu menghilang ke semak berdekatan manakala penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan itu membantunya keluar daripada lumpur.

“Penduduk turut membantu membersihkan lumpur pada motosikal manakala saya dibawa ke Hospital Tengku Anis,Pasir Puteh,” katanya.

Dia berkata, hasil pemeriksaan x-ray mendapati kaki kanannya patah dan kini dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Sementara itu, dia berkata, laporan polis juga belum dibuat memandangkan dia perlu menjalani rawatan terlebih dahulu.

Loading...
Terkini