comscore
Tumpuan :
Kes

13 lelaki ditahan seludup minyak diesel di Senai

Foto hiasan

KULAI: Polis menahan 13 lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan minyak diesel bersubsidi melibatkan rampasan bernilai RM234,350 dalam serbuan di sebuah premis di kawasan perindustrian Kampung Seelong, Senai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua individu terdiri daripada empat lelaki tempatan dan sembilan warga asing berusia 24 hingga 69 tahun itu ditahan pada 3.30 petang.

“Selain itu, kita turut merampas minyak diesel dianggarkan bernilai RM234,350 serta beberapa barangan yang digunakan untuk tujuan jual beli.

“Bagaimanapun, kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta penyalahgunaan dadah dan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP) untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (KPDNHEP) iaitu boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan. – BERNAMA

Loading...
Terkini