comscore
Tumpuan :
Kes

2 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan

2 mangsa berdepan detik cemas selepas bahagian kanan Proton Persona dinaiki mereka dihentam bas ekspres dalam nahas di KM 43.7, Lebuhraya Utara-Selatan, Arah Utara, Simpang Renggam. – FOTO: Ihsan JBPM Johor

Oleh Zahir Senapiah

Simpang Renggam: Dua cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, sebuah kereta dan sebuah van, di Kilometer 47.3 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku jam 8.40 pagi ketika tiga kenderaan terbabit dalam perjalanan menuju ke arah utara dekat susur keluar Simpang Renggam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan penyelamat Johor, sebuah jentera dari balai Renggam dan Kulai bersama 14 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Maznan Mohamad.

Katanya, kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah bas persiaran jenis Hino, sebuah kereta Proton Persona dan sebuah van jenis Toyota Hiace.

Hasil pemeriksaan mendapati dua mangsa dalam kereta Proton Persona tersepit dan cedera.

Manakala pemandu bas Hino dan van Toyota Hiace tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anggota bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas Rescue Tools.

Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

Identiti mangsa yang cedera belum dikenalpasti.

Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan.

Loading...
Terkini