comscore
Tumpuan :
Kes

30 tong kimia bocor: Orang ramai diminta tidak hampiri

Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya, HAZMAT sedang memeriksa tong kimia yang bocor

IPOH: Polis meminta orang ramai agar tidak mendekati sekitar lokasi penemuan 30 tong bahan kimia di Kampung Kepayang, Simpang Pulai semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang awam tidak dibenarkan mendekati lokasi sementara pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak sedang membuat penilaian keselamatan dan mengukur indeks pencemaran udara (IPU) di tempat kejadian.

“Kes ini disiasat oleh JAS negeri perak di bawah akta Kualiti alam Sekeliling 1974.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta berhubung dengan JAS Peak untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan pada 5.01 petang semalam, memaklumkan penemuan itu.

Anggota dari balai bomba Gopeng dikerahkan ke lokasi kejadian dibantu anggota dari balai bomba Simpang Pulai dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya, HAZMAT balai bomba Pasir Puteh.

Turut serta pihak polis dan pegawai Jabatan Alam Sekitar, JAS.

Pemeriksaan mendapati, semua tong telah bocor dan mengandungi 20 peratus cecair sisa berjadual.

Tindakan segera pihak bomba mengepung kawasan berkenaan sebelum pihak Hazmat dari balai bomba pasir putih tiba.

Pasukan Hazmat telah membuat pengesanan dan mengambil sampel di lokasi .

Operasi kemudian diteruskan dengan menutup cecair yang terdedah dengan pasir

Loading...
Terkini