comscore
Tumpuan :
Kes

Bot karam, 4 nelayan Thailand ditemui selamat

Empat nelayan warganegara Thailand ditemui selamat setelah bot yang dinaiki mereka karam.

LUMUT: Empat nelayan warga Thailand yang dilaporkan karam di kedudukan 15.5 batu nautika timur laut Pulau Talang Segari, semalam, ditemui selamat.

Pengarah Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup, berkata mereka yang berusia antara 30 hingga 53 tahun itu ditemui selamat di perairan itu pada jam 11 pagi.

Katanya, terdahulu, pemilik sebuah bot nelayan tempatan (BNT) membuat aduan tidak dapat menghubungi keempat-empat nelayan terbabit sejak berada di laut, kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menyalurkan maklumat kepada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi bagi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada awal pagi semalam.

“Operasi bermula pada jam 9 pagi dan Kapal Maritim (KM) Nyalau diatur gerak ke lokasi.”Empat nelayan itu ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.

Mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan, semalam.Kesemua mereka kemudian dibawa ke pelantar Bagan Panchor, Pantai Remis.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 4 petang semalam. Mohd Hambali mengingatkan nelayan agar sentiasa memakai jaket keselamatan dan memeriksa keadaan cuaca sebelum ke laut.

Loading...
Terkini