comscore
Tumpuan :
Kes

Buruh maut digilis lori ketika gulung kanvas

Keadaan mangsa yang digilis lori di sebuah pusat timbang kelapa sawit.

Oleh Baharuddin Mohamed 

MELAKA: Seorang buruh warga Indonesia maut selepas digilis sebuah lori ketika sedang menggulung kanvas di Pusat Timbang Sawit di Alor Gajah di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, buruh yang dikenali sebagai Abdul Hafis, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang melakukan kerja-kerja menggulung kain kanvas di belakang sebuah lori.

Bagaimanapun, kata beliau, pemandu lori terbabit yang sedang mengundurkan kenderaan dipercayai tidak menyedari mangsa berada di belakang.

“Siasatan awal mendapati kes kemalangan berpunca daripada pemandu lori dipercayai tidak nampak mangsa yang sedang menggulung kain kanvas di dalam kawasan pusat timbang lalu melanggar mangsa.

“Daripada perlanggaran tersebut mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arshad, mayat mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Ujarnya, lori jenis Isuzu berkenaan telah dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal polis mendapati kemalangan berpunca pemandu lori berusia 49 tahun dipercayai tidak nampak mangsa yang sedang menggulung kain kanvas di bahagian depan lori dan melanggarnya.
“Pelanggaran menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. Mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Arshad berkata siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini