comscore
Tumpuan :
Kes

Kertas Siasatan Kes Hakim Nazlan Kembali Ke SPRM

PUTRAJAYA: Kertas siasatan kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali kini berada di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) minta siasatan lanjut dilakukan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kertas siasatan itu pernah dihantar kepada AGC sebelum ini, sebelum ia dipulangkan untuk siasatan lanjut.

“Mungkin jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Peguam Negara adalah ringkas. Mungkin bermaksud tidak ada lagi di tangan beliau.

“Namun, sebenarnya kertas siasatan sudah dikemukakan kepada beliau dan diberi kepada kita balik dan (dihantar) kepada beliau balik dan kepada kami untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media selepas Konvokesyen Program Pentauliahan Penguatkuasaan Undang-undang SPRM pertama, bagi 2022, di sini, hari ini.

Mengakui kertas siasatan itu sudah beberapa kali dihantar dan dikembalikan semula, Azam berkata, ia adalah proses normal membabitkan kertas siasatan.- BERITA HARIAN

Loading...
Terkini