comscore
Tumpuan :
Kes

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut

Pasukan Bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas di kawasan muara Sungai Likas, Kota Kinabalu. – FOTO: NSTP

KOTA KINABALU: Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut di Jambatan Yayasan Sabah berhampiran Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.34 pagi sebelum sepasukan sembilan anggota bersama jentera dihantar ke lokasi.

“PGO Sabah menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 selepas mangsa dipercayai terjatuh di muara sungai.

“Ketika ini, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini