comscore
Tumpuan :
Kes

Pegawai Yayasan Perak didenda RM17,000 guna dokumen palsu

Abdul Malek didenda RM17,000 atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk membekalkan pakej pakaian sukan. FOTO: NSTP

IPOH: Pegawai Yayasan Perak mengaku bersalah dan didenda RM17,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk membekalkan pakej pakaian sukan empat tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Malek Mansor, 50 membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Abdul Malek yang memegang jawatan Penolong Pegawai Pentadbiran Yayasan Perak dengan curangnya menggunakan sebagai tulen satu dokumen Sebut Harga Olala Network untuk melaksanakan pembekalan pakej pakaian sukan sempena Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri (PESAYA) ke-19 tahun 2019 berjumlah RM63,650.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Yayasan Perak pada 2 Ogos 2018.

Atas kesalahan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini