comscore
Tumpuan :
Kes

Polis kesan dua lelaki, kes pukul Flat San Peng

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua suspek warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam kejadian pukul di Flat San Peng pada 26 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 48 saat yang menunjukkan seorang individu cedera di bahagian kepala dan muka tular di media sosial hari ini.

“Siasatan awal dilakukan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 malam membabitkan sekumpulan individu tempatan di flat berkenaan.

“Kami ada menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.59 malam tadi (semalam) dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, terdapat video tular memaparkan seorang lelaki cedera dipercayai dipukul dua individu yang disyaki menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard tular di media sosial, hari ini.

Loading...
Terkini