comscore
Tumpuan :
Kes

[VIDEO] PRU-15: Trak terbalik, tentera parah dalam perjalanan ke pusat undi

SEREMBAN: Seorang anggota tentera parah dalam satu kejadian trak terbalik di Jalan Chengkau-Pilin, dekat sini, tengah hari tadi, ketika dalam perjalanan ke pusat pengundian awal di Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berkata trak Regimen ke-11 Kor Armor Diraja, Kem Syed Sirajuddin, Gemas itu membawa 24 anggota tentera berumur lingkungan 24 hingga 30 tahun.

Trak tentera yang membawa 24 anggota dalam perjalanan ke pusat pengundian awal terbalik di Kilometer 13, Jalan Chengkau- Pilin, dekat Durian Daun, tengah hari tadi. – Foto ihsan Bomba

“Mereka dalam perjalanan ke pusat mengundi di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson, untuk tujuan mengundi awal. Setibanya di tempat kejadian, trak berkenaan didakwa gagal dikawal dan terbalik.

“Susulan kejadian berkenaan, seorang anggota mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Rembau, empat berada di Zon Kuning (cedera sederhana) dan 19 lagi Zon hijau (cedera ringan). Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. -BERNAMA

Loading...
Terkini