comscore
Tumpuan :
Kes

Sorok Kokain Dalam Kurier Dari Luar Negara

Pengarah Kastam Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad menunjukkan dadah jenis kokain yang cuba diseludup masuk menggunakan perkhidmatan kurier dari luar negara. – FOTO: NSTP

TELUK INTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis kokain bernilai RM41,000 yang dikesan disorok dalam bungkusan kurier.

Ia susulan serbuan di hadapan sebuah rumah di Taman Antek Avenue di sini pada 20 Oktober lalu.

Pengarah Kastam Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad, berkata hasil risikan dengan kerjasama pihak berkuasa antarabangsa, pihaknya menahan dua lelaki tempatan berusia 30 dan 37 tahun pada jam 2.40 petang.

“Kita turut merampas satu bungkusan kurier disyaki mengandungi dadah kokain seberat 207.24 gram.

“Modus operandi suspek ialah menyorokkan dadah ke dalam bungkusan mengandungi peralatan elektrik yang diseludup menggunakan khidmat kurier beralamat dari Vancouver, Kanada.

“Sebuah kereta Toyota Vios dianggar bernilai RM80,000 turut dirampas dalam serbuan berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Abdul Ghafar berkata, kedua-dua suspek direman 14 hari bermula 21 Oktober sehingga 3 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini