comscore
Tumpuan :
Kes

Tak Sangka, Janin Kucing

CHUKAI: Janin yang ditemui di tandas sebuah masjid di Kampung Labohan Kemaman petang tadi adalah janin kucing.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, janin terbabit disahkan kucing selepas dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman.

Menurutnya, sebaik pemeriksaan dilakukan, pihak pegawai perubatan hospital terbabit mengesahkan ia bukan janin manusia.

“Janin itu juga mempunyai ekor dan disahkan adalah janin kucing dan bukan janin manusia, ”katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengahari, seorang tukang cuci masjid menemui janin ketika sedang membersih tandas di situ.

Wanita terbabit kemudiannya memaklumkan penemuan itu kepada ahli jawatankuasa masjid sebelum menghubungi polis. -HARIAN METRO

Loading...
Terkini