comscore
Tumpuan :
Luar Negara

11 rakyat Palestin maut, 102 cedera 

FOTO: AFP

NABLUS: Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin maut manakala 102 lagi cedera dalam pertempuran apabila tentera Israel melancarkan operasi tangkapan di Tebing Barat.

Antara yang maut, seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun.

Serbuan berkenaan merupakan yang terburuk dalam tempoh 1 tahun di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Rentetan kejadian ini, sebuah bangunan turut musnah selain sejumlah kedai turut mengalami kerosakan akibat ditembak.

Tindakan zalim rejim zionis ini diramal akan berlaku lagi pertumpahan darah.

Loading...
Terkini