comscore
Tumpuan :
Luar Negara

10,000 akaun dalam talian ditutup dan digantung di China kerana sebar maklumat palsu

Foto Reuters

BEIJING: Sejak pertengahan April, pihak berkuasa keselamatan awam China telah menutup atau menggantung lebih 10,000 akaun dalam talian yang mencipta atau menyebarkan maklumat palsu.

Pihak berkuasa telah membongkar lebih 1,600 kes membabitkan penyebaran maklumat palsu dalam talian dan mengeluarkan lebih 420,000 maklumat tidak benar sebagai sebahagian daripada kempen membanteras maklumat palsu di alam siber, menurut Kementerian Keselamatan Awam pada Selasa, lapor Xinhua.

Netizen yang terlibat dalam penyebaran maklumat palsu telah dihukum mengikut undang-undang.

Pada Selasa, kementerian itu menyiarkan 10 kes yang dikendalikannya semasa kempen itu yang menunjukkan bahawa media sendiri mencetuskan maklumat palsu untuk mendapatkan jumlah trafik dan mengaut keuntungan.

Selain itu, terdapat laman sesawang tertentu gagal memastikan keselamatan alam siber dengan membenarkan maklumat sedemikian tersebar di Internet.

Menurut kementerian itu, pihaknya akan meneruskan kempen itu bagi mengekang maklumat palsu dalam talian dan mewujudkan ruang siber yang bersih. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini