comscore
Tumpuan :
Luar Negara

20 kediaman musnah, seorang penduduk cedera akibat banjir di Venezuela

FOTO : AP

CARACAS, Venezuela : 20 kediaman musnah akibat banjir buruk yang melanda kawasan kejiranan El Limon di pinggir bandar Caracas.

Selain kerosakan jalan raya, banjir turut mengakibatkan beberapa kejadian tanah runtuh.

Setakat ini hanya seorang penduduk dilaporkan cedera.

Salah seorang penduduk memberitahu, air naik hingga ke paras dada menyebabkannya terpaksa memecahkan bumbung dan menyelamatkan seluruh ahli keluarga.

Penduduk juga terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda.

Usaha membersihkan kawasan dan membaik pulih kerosakan sedang dilakukan. – SUMBER AP

Loading...
Terkini