comscore
Tumpuan :
Luar Negara

3 warga Palestin maut ditembak pasukan keselamatan Israel

TEBING BARAT: Pasukan keselamatan Israel menembak mati tiga warga Palestin dalam serbuan di Tebing Barat.

Tidak cukup dengan itu mereka juga bertindak kejam dengan merobohkan kediaman dua rakyat Palestin yang didakwa sebagai suspek utama satu kes pembunuhan.

Rejim Zionis menuduh tiga lelaki terbabit bertanggungjawab atas pembunuhan seorang wanita British-Israel dan dua anak perempuannya pada bulan lalu.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam pada itu mengesahkan kematian ketiga-tiga mangsa yang juga pejuang Hamas berlaku di Kota Lama Nablus.

Kediaman penduduk Palestin sering kali dirobohkan tentera Israel, meskipun mangsa sudah terbunuh atau ditembak mati.

SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini