comscore
Tumpuan :
Luar Negara

6 maut dalam serangan bersenjata di restoran

FOTO: Reuters

SANTA ELENA: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah restoran di Santa Elena, Ecuador.

Serangan itu berlaku kira-kira jam 9 malam waktu tempatan.

Tiada tangkapan dilaporkan setakat ini namun insiden dikaitkan dengan kumpulan kongsi gelap bersaing untuk mengawal laluan pengedaran dadah dan jenayah lain di wilayah itu.

Ecuador sedang mengalami lonjakan jenayah terbesar dalam sejarahnya baru-baru ini dengan kadar pembunuhan meningkat 2 kali ganda.

Presiden Ecuador, Guillermo Lasso cuba menentang gelombang jenayah dengan mengisytiharkan darurat di wilayah yang terkesan. – REUTERS

Loading...
Terkini