comscore
Tumpuan :
Luar Negara

8 Terbunuh Dalam Serangan Terbaru Di Gaza

SEMENANJUNG GAZA : Sekurang-kurangnya lapan warga Palestin terbunuh termasuk kanak-kanak, seorang komander dan ahli kumpulan pejuang Jihad Islam Palestin (PIJ) dalam serangan terbaharu tentera rejim.

Serangan berlaku setelah beberapa hari ketegangan susulan penahanan anggota kanan PIJ oleh Israel.

PIJ memberi amaran akan melakukan serangan bom menyasarkan tengah Israel.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan empat anggota pejuang PIJ termasuk Komander Tayseer Jabari dan seorang kanak-kanak perempuan 5 tahun terbunuh dalam serangan itu.

Sejak beberapa hari lalu Israel mengambil langkah memperketat kawalan keselamatan di kawasan berdekatan sempadan Gaza kerana bimbang berlaku tindak balas ke atas warga dan anggota tenteranya.

Israel mendakwa PIJ dibantu Iran dan mempunyai ibu pejabat di Damsyik, Syria serta melihat kumpulan itu sebagai pejuaang terkuat di Gaza.

Loading...
Terkini