comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Aktiviti Gempa Bumi Meningkat Di Gunung Fagradalsfjall

REYKJAVIK, Iceland: Sebuah gunung berapi meletus di atas gunung berhampiran ibu kota Iceland, Reykjavik, selepas aktiviti gempa bumi meningkat beberapa hari lalu di kawasan itu, kata Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) pada Rabu (3 Ogos).

Lava dan asap dihamburkan dari rekahan tanah gunung Fagradalsfjall, yang pada tahun lalu menyaksikan letusan sama selama enam bulan.

Walaupun pelancong dan penduduk diarahkan untuk mengelak kawasan itu kerana gas beracun, agensi kerajaan berkata tidak ada risiko kerosakan segera kepada infrastruktur kritikal.

Gunung berapi itu berada di Semenanjung Reykjanes, kawasan panas gunung berapi dan seismik.

Kawasan gunung berapi itu hanya terletak 25 kilometer dari Reykjavik dan 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik.

Loading...
Terkini