
SEPANYOL: Api marak di luar kawalan memusnahkan hampir 5 ribu hektar kawasan hutan di Pulau Tenerife di Kepulauan Canary.
Bagaimanapun kebakaran kini berjaya dikawal dengan pergerakannya semakin perlahan.
Dalam masa sama, perintah pemindahan beberapa ribu penduduk di daerah El Rosario itu telah ditarik balik.
Sehingga semalam 26 ribu penduduk telah dipindahkan dari 11 kawasan terjejas.
Api yang marak di timur laut pulau itu sejak lewat petang Selasa, berjaya dipadamkan kira-kira 300 anggota kecemasan.
Operasi melibatkan 18 pesawat dan helikopter pemadam kebakaran.