comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Angka korban gempa bumi Cianjur melonjak kepada hampir 270 orang 

FOTO: AFP

JAWA BARAT:  Angka korban gempa bumi kuat 5.6 skala richter yang melanda Cianjur, Jawa Barat, Indonesia melonjak kepada hampir 270 orang berbanding 162 orang semalam.

145 gegaran susulan dikesan sejak Isnin lalu dengan kekuatan mencecah sehingga 4.2 skala richter.

Pihak berkuasa mengesahkan, 122 mayat juga telah dikenal pasti identitinya setakat ini.

Angka korban dijangka akan meningkat sementara operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

FOTO: AFP

Menurut Ketua Agensi Bencana Indonesia, 151 penduduk masih hilang dengan angka kecederaan pula mencecah lebih 1,000 orang

Agensi itu turut mendedahkan jumlah penduduk yang ditempatkan di pusat perlindungan sementara kini melebihi 58,000 orang.

Pihak berkuasa pada masa sama akan terus melakukan pemantauan dan penelitian data kemusnahan serta membangunan rumah bagi mangsa terjejas.

Akan turut dibina masjid dan madrasah serta sekolah bagi keperluan penduduk. – AFP

Loading...
Terkini