
HAWAII: Angka korban kebakaran belukar di kepulauan Lahaina di Hawaii, Amerika Syarikat terus meningkat sekaligus mencetus kebimbangan.
Setakat ini, 80 mangsa maut dilaporkan.
Meskipun usaha bomba mengawal dan memadam kebakaran dipergiat, keadaan belum berada ditahap terkawal.

Malah lebih ramai penduduk dengan liputan kawasan lebih luas diarah berpindah.
Jumlah penduduk yang terjejas dikhuatiri meningkat dengan kebarangkalian terdapat mangsa yang tidak diketahui.
Dalam pada itu menurut pihak berkuasa, laluan utama berdepan kesesakan ekoran orang ramai keluar daripada zon bahaya menuju ke barat maui di Kaanapali.

Ada juga lokasi dengan aliran trafik terhenti berikutan keadaan itu.
Selain hutan, bencana sehingga kini mengakibatkan kemusnahan ratusan kediaman dan harta benda termasuk kenderaan.
Keadaan ini disifatkan kedua terburuk dalam sejarah Hawaii, selepas peristiwa Taufan Iniki pada tahun 1992.