comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Permainan Video Bantu Kucing Terbiar

LOS ANGELES, Amerika Syarikat : Diasaskan menerusi seekor kucing sebenar berbulu perang bernama Murtaugh.

Permainan video kucing diperkenalkan oleh sebahagian pencinta haiwan itu.

Hasratnya hanya satu iaitu ingin membantu kucing yang terbiar.

Menurut Pengarah Pemasaran Annapurna Interactive, Jeff Legaspi langkah itu diharap dapat merangsang pemain video itu untuk mengambil dan memelihara kucing liar.

Beliau yakin tindakan itu, lebih baik daripada membeli kucing baharu.

Dalam permainan video itu, heronya dikenali sebagai ‘Stray.’

Permainan boleh dilakukan secara penstriman dan merupakan platform pengumpulan dana secara dalam talian.

Selain membantu kucing terbiar, keuntungan daripadanya juga akan digunakan untuk membantu pertubuhan kebajikan berkaitan haiwan itu.

80 peratus daripada permainan ini dibangunkan oleh pemilik dan pencinta kucing.

Ia turut menduduki tempat keempat dari segi siaran dan rating carta platform ‘Twitch’ semasa hari pelancarannya 19 Julai lalu. -AP

Loading...
Terkini