comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Apple ancam keluarkan Twitter daripada ‘App Store’

WASHINGTON D.C: Syarikat peranti terkenal global, Apple mengancam untuk mengeluarkan aplikasi media sosial Twitter daripada ruang jualan aplikasinya atau ‘Apple App Store’ dan meminta pengubahsuaian tertentu pada platform media sosial.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Elon Musk namun tiada butiran lanjut mengenai alasan ancaman terbabit dilakukan.

Pelaksanaan oleh Apple itu didorong oleh tindakan Musk yang membuat tinjauan pendapat sama ada semua penapisan yang dilakukan Apple menjejaskan perkhidmatan rangkaian media sosial terbabit.

Tambah Musk, sekiranya benar aplikasi terbabit dikeluarkan daripada Apple App Store mahupun Google Play Store, beliau akan mencipta telefon pintar khas bagi membolehkan rangkaian sosial itu diakses oleh semua.

28 Oktober lalu, Musk memuktamadkan pemerolehan Twitter Inc. dengan bayaran RM44 bilion dan seterusnya tidak menunggu lama untuk mengubah operasi harian syarikat, termasuklah melaksanakan pemberhentian kakitangan syarikat berkenaan. – AFP

Loading...
Terkini