comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Arab Saudi Benar Jemaah Luar Negara Tunai Haji

Jemaah haji dari luar negara akan dibenarkan menunaikan haji tahun ini dengan protokol kesihatan dan pencegahan yang ketat untuk membendung penularan COVID-19.

Menurut sumber, keputusan itu diumum Kementerian Haji dan Umrah pada 9 Mei lalu untuk melaksanakan ibadah haji tahun ini dengan langkah-langkah kesihatan, keselamatan dan peraturan untuk menjaga kesejahteraan jemaah. 

Awal bulan ini, kementerian berkenaan memaklumkan, institusi kesihatan di Arab Saudi akan terus menilai keadaan dan mengambil semua langkah untuk menjaga kesihatan seluruh jemaah.

Kementerian berkenaan juga memberitahu, pihaknya akan mengumumkan langkah-langkah khusus dan rancangan organisasi dalam masa terdekat.

Loading...
Terkini