Tumpuan :
Luar Negara

Arab Saudi gesa rakyatnya ‘segera’ tinggalkan Lubnan

FOTO: Reuters

BEIRUT: Kedutaan Arab Saudi di Lubnan menggesa rakyatnya meninggalkan negara itu secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, kedutaan itu mengeluarkan amaran kepada rakyatnya supaya tidak melawat kawasan pertempuran berlaku, Agensi Anadolu memetik laporan agensi berita rasmi Saudi SPA.

Kenyataan itu juga menekankan kepentingan mematuhi keputusan yang melarang rakyatnya daripada pergi ke Lubnan.

Sejak 29 Julai, 12 orang terbunuh manakala lebih 60 cedera dalam pertempuran antara puak Palestin di Ain al-Hilweh, kem pelarian Palestin terbesar di Lubnan.

Gencatan senjata telah dicapai antara kumpulan Palestin di kem itu pada 31 Julai di bawah pengantaraan parti Lubnan.

Meskipun begitu, pertempuran bersenjata terus berlaku antara puak dari semasa ke semasa.​​​​​​​​ – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini