comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE bakal anggota baharu BRICS 

Foto: Reuters

MOSCOW: Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir dan UAE akan menjadi anggota baharu kumpulan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan), Sputnik memetik laporan portal berita Brazil UOL, memetik draf dokumen akhir sidang kemuncak itu.

Menurut laporan itu, untuk mengekalkan keseimbangan geografi, satu lagi negara Afrika boleh dimasukkan dalam senarai itu.

Foto: Reuters

Sidang kemuncak BRICS sedang diadakan di Johannesburg pada 22-24 Ogos. Ia dihadiri oleh pemimpin China, India, Brazil dan Afrika Selatan. Rusia diwakili oleh Menteri Luar Sergey Lavrov.

Presiden Rusia Vladimir Putin mengambil bahagian dalam sidang kemuncak itu melalui persidangan video.

Sebanyak 23 negara baru-baru ini menyatakan hasrat mereka untuk menyertai BRICS, termasuk Argentina, Iran, Algeria, Tunisia, Turkiye, Arab Saudi, dan Mesir. — BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini