comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Artis Kpop, Lee Jihan antara yang terkorban dalam tragedi berdarah di Itaewon

FOTO: GNN Media

SEOUL: Penyanyi dan pelakon K-Pop Lee Jihan, adalah salah seorang mangsa yang terkorban dalam insiden berdarah rempuhan malam Halloween di Itaewon, Seoul yang telah meragut lebih 150 nyawa.

Kenyataan daripada dua agensi yang mewakili Lee memberi penghormatan kepada bintang berusia 24 tahun itu sambil menyatakan beliau seorang yang berbakat besar serta mempunyai personaliti yang disenangi rakan artis.

Selain itu beliau sentiasa tersenyum dan menyapa peminatnya dengan mesra.

Lee menjadi terkenal dalam rancangan bakat TV Korea Selatan, “Produce 101”, sebelum berjaya menceburi dalam bidang lakonan.

Beliau muncul berlakon pada 2019 di drama web berjudul, “Today Was Another Nam Hyun Day.”

Loading...
Terkini