comscore
Tumpuan :
Luar Negara

AS Umum Pakej Bantuan Ketenteraan Baharu Bernilai US$775 JUTA Untuk Ukraine

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan satu lagi pakej bantuan ketenteraan terbaru kepada Ukraine bernilai US$775 untuk memperkukuh kekuatan tentera di Kyiv, Agensi Anadolu.

Memetik kenyataan Pentagon, pakej itu merangkumi pelbagai jenis peralatan canggih termasuk Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS), dron Scan Eagle, kenderaan berperisai kalis periuk api yang dilengkapi sistem antiradiasi dan peluru berpandu.

Peluru berpandu antiradiasi lazimnya digunakan untuk menyasarkan sistem radar dan peralatan komunikasi.

Pakej itu diumumkan ketika serangan terbaru dipercayai berlaku di bandar Belgorod Rusia pada Khamis yang dilaporkan menyasarkan kemudahan penyimpanan peluru.

Setakat ini jumlah bantuan ketenteraan Amerika ke Ukraine sejak Januari 2021 berjumlah US$12.6 bilion dengan sejumlah besar disalurkan selepas tercetusnya konflik Rusia-Ukraine Februari lalu.-BERNAMA

Loading...
Terkini