comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Banjir Di Seoul Ragut 7 Nyawa, 9 Cedera

Foto: AFP

Tujuh terbunuh manakala 9 lagi cedera dalam banjir kilat yang melanda Seoul, Korea Selatan

Usaha mencari enam lagi mangsa yang hilang sedang giat dijalankan.

Hujan lebat sejak semalam hingga awal pagi tadi turut menyebabkan beberapa insiden kemalangan, tanah mendap dan bekalan elektrik terputus.

Di daerah Gwanak-Gu, tige terbunuh termasuk remaja berusia 13 tahun setelah terperangkap di bahagian bawah tanah pangsapuri.

Beberapa kematian lain turut melibatkan runtuhan struktur bangunan dan tanah runtuh.

Selain masalah trafik, perkhidmatan tren juga tergendala ekoran kenaikan paras air, malah perkhidmatan feri juga terganggu.

Susulan situasi buruk, Presiden Yoon Suk-yeol mengarahkankan pemindahan penduduk di kawasan berisiko tinggi ke lokasi lebih selamat.

Loading...
Terkini