comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Bas bertembung lori, 22 maut, lebih 20 cedera

FOTO: AFP

LOUGA : 22 terbunuh apabila sebuah bas bertembung dengan lori di utara Senegal.

Menurut Jurucakap Bomba, Michel Diatta, nahas yang berlaku di wilayah Louga itu turut mengakibatkan lebih 20 penumpang lain cedera.

Insiden mendapat perhatian Perdana Menteri Amadou Ba yang bersimpati ke atas nasib mangsa dan melawat lokasi kejadian.

Tambah beliau, bas dengan kapasiti 32 tempat duduk itu membawa 47 penumpang.

Insiden berlaku lapan hari selepas nahas bas yang mengorbankan 22 nyawa di wilayah Kaffrine

Nahas jalan raya di Senegal sering berlaku susulan kecuaian pemandu dan keadaan struktur jalan yang tidak memuaskan. – AFP

Loading...
Terkini