comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Bateri Lithium Ion meletup, 38 penduduk apartmen cedera

Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran di sebuah apartmen di Manhattan, New York, Amerika Syarikat. – Foto: Reuters

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 38 cedera dalam kebakaran di sebuah bangunan apartmen di New York, Amerika Syarikat.

Menurut stesen penyiar tempatan, CNN, kejadian berlaku di Apartmen East 52nd Street, Manhattan.

Dua mangsa dilaporkan kritikal manakala lima lagi parah.

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati kejadian berpunca daripada letupan bateri Lithium-Ion di salah sebuah unit apartmen.

Berdasarkan keadaan bateri terbabit yang biasanya dipasang pada kenderaan mini seperti skuter elektrik, polis tidak menolak andaian kejadian berlaku ketika peranti atau kenderaan mini berkenaan sedang dibaiki oleh salah seorang penduduk apartmen itu.

Sementara itu, ketua bomba tempatan memaklumkan kebakaran terbabit adalah yang ke-200 dilaporkan pada tahun ini membabitkan penggunaan bateri sedemikian.

Loading...
Terkini