comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Bayi jatuh perigi kini di hospital

FOTO: Persatuan Tindak Balas Bencana Thailand

THAILAND: Bayi perempuan berusia 19 bulan yang terjatuh ke dalam perigi di kawasan pedalaman, Tak kini sedang dirawat setelah terperangkap selama lebih 17 jam.

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan bayi itu kira-kira jam 10.45 pagi waktu tempatan.

Bayi malang terbabit dipercayai bermain sendirian tanpa pemantauan ibu bapanya dan kemudian terjatuh ke dalam perigi itu.

Pihak berkuasa berhadapan kesukaran berikutan kedalaman perigi itu adalah 15 meter dan lebarnya cuma 30 sentimeter.

Misi menyelamat yang disertai lebih 100 anggota Persatuan Tindak Balas Bencana itu menggunakan jentera besar bagi menggali lubang bersebelahan yang selari dengan perigi itu.

Sebaik berjaya diselamatkan, bayi itu cuma menangis dan mereka terus membawanya naik sebelum dikejarkan ke hospital.

Loading...
Terkini