comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Beberapa negara gesa penubuhan Mahkamah Antirasuah Antarabangsa

FOTO: REUTERS

THE HAGUE: Beberapa negara mula menyuarakan hasrat dan menyokong gesaan mewujudkan Mahkamah Antirasuah Antarabangsa.

Menurut AFP, pembentukan mahkamah terbabit yang seakan sama operasinya dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, ICC di The Hague, Belanda dapat membantu menghukum ‘kleptokrat’ yang mengetuai kerajaan.

Antara negara yang menyuarakan gesaan terbabit ialah Belanda, Kanada dan Ecuador.

Hakim Kanan Amerika Syarikat, AS, Mark Wolf, yang mengetuai kempen berkenaan memaklumkan tumpuan akan diberikan oleh tribunal terhadap pegawai tertinggi kerajaan dan individu yang menerima rasuah daripada golongan terbabit.

Jelas beliau, kleptokrat masih bebas daripada hukuman kerana urusan perundangan di dalam negara rata-ratanya dikawal golongan itu.

Statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB merekodkan jumlah ketirisan dalam perolehan akibat rasuah di seluruh dunia mencecah kira-kira AS$2 trilion bersamaan RM9 trilion setiap tahun. – AFP

Loading...
Terkini