comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Bekas Miss Ukraine Angkat Senjata Lawan Tentera Rusia

Bekas ratu cantik Ukraine yang menjadi salah seorang daripada ratusan penduduk tempatan Ukraine yang mengangkat senjata untuk menentang pencerobohan tentera Rusia di Kiev.

Anastasiia Lenna, 31 tahun, yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik kebangsaan 2015 itu mendapat perhatian netizen, selepas memuat naik gambarnya berpakaian tentera di laman Instagram.

Imej tular itu dimuat naik ketika ratusan rakyat Ukraine beratur untuk mendapatkan senjata api di Kiev.

Lenna yang bekerja sebagai pengurus perhubungan awam di Turki itu memuat naik gambar berkenaan bersama-sama dua tanda pagar, iaitu ‘berdiri bersama Ukraine’ dan ‘Jangan ganggu Ukraine’.

Ini bukan kali pertama Lenna memuat naik gambarnya memegang senapang.

Sebelum ini, Lenna pernah memuat naik hantaran yang menunjukkan sesi latihan bersenjatanya di kawasan berhutan dan tempat latihan dalaman.

Dan ketika ini, imej dari satelit menunjukkan, tentera Rusia sedang mengepung ibu kota Kiev.

Selama berminggu-minggu, rakyat biasa di seluruh Ukraine menerima latihan asas pertempuran dalam pelbagai aspek, termasuk mengendalikan senjata dan melempar bom tangan.

Loading...
Terkini