comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Bekas PM Pakistan, Imran Khan cedera ditembak ketika protes

FOTO: REUTERS

GUJRANWALA: Bekas Perdana Menteri Pakistan yang digulingkan, Imran Khan cedera ditembak ketika beliau dan penyokongnya berarak dalam protes menuntut pilihan raya.

Media tempatan melaporkan Imran cedera di bahagian kaki, namun kecederaannya tidak mengancam nyawa.

Imran dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Serangan berlaku di daerah Wazirabad di wilayah Punjab Timur.

Dalam satu kenyataan oleh pihak berkuasa tempatan, kejadian didalangi dua suspek.

Seorang daripadanya ditembak mati oleh anggota polis manakala seorang lagi ditahan.

Imran sedang dalam perjalanan dengan konvoi besar trak dan kereta menuju ke ibu negara, Islamabad, sebagai sebahagian daripada kempennya yang bertujuan memaksa kerajaan mengadakan pilihan raya awal.

Kumpulan penyokongnya menyifatkan serangan itu sebagai cubaan bunuh ke atas tokoh penting itu.

Loading...
Terkini